Jumaat, 28 Mac 2014

Headband Baby Murah


Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Headband Baby Murah berminat mengumpul cekak rambut bayi kami di sini ada menyediakan pelbagai koleksi yang manarik untuk anda.






 Harga RM12.00

Headband Baby Murah ada dua jenis warna cekak menawan hati pada si pemakai jenis satu warna dan satu jenis polk dot. dot putih :)

Nak buat cekak baby simple tak perlu susah susah cukup yang ini sahaja. Ini DIY Headband baby terbaru dari kami my_cahayacinta@yahoo.com

Ahad, 25 Ogos 2013

Jalan Teng..Teng Bila Rajuk Membawa Hati..

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Haa... adakah anda rasa tersalah masuk blog?

Perasaan anda membawa anda ke laman blog nun di sana, situ dan di sini..? kelakar sungguh..sahaja teman ingin mencuba aura.

Oh, muktamad..
kiranya hamba telah membuat keputusan setelah pertapaan satu hari mulai hari ahad 25/6/2013 hamba ingin membuat keputusan sebulat suara untuk fokus pada blog http://crafthydrangea.blogspot.com bagi menggantikan blog http://cahayacinta.com yang telah down teruk hampir sebulan lebih.. 

 Credit by Dia

Ya, memang ikutkan perancangan blog http://crafthydrangea.blogspot.com seperti anda tahu di bahagian si debar ( http://cahayacinta.com) ia adalah blog jualan. Maka untuk waktu yang terdesak ini hamba terpaksa tukarkan ia menjadi blog under wordpress kelak. Bila..? insyallah mungkin sebelum penghujung bulan sepuluh.

Andaikata blog http://cahayacinta.com telah pulih sedia kala hamba akan pindahkan segala entri di http://loveisshearing.blogspot.com dan di sini di bawa terus ke wordpress dalam blog http://cahayacinta.com. Mankala blog craft ia akan berjalan sepeti blog jualan seperti biasa. Yang menguntungkan cara begini sebab kedua-dua blog hamba under wordpress. Insyallah. Hamba benar-benar berharap pembeli akan memberi kepercayaan sepenuhnya pada blog jualan under worpress sebab ia merupakan blog berhosting berbayar. Uh, terpaksa korbankan jika inilah salah satu cadangan yang terbaik buat masa ini sementara mengumpul rm...rm..dan rm..

Bagi anda yang ingin masuk juga ke blog ini lagi persilakan tiada sekata dari pihak kastam..Doakan hamba dan anak-anak kapal blog hamba akan pulih walau dalam hati tidak pasti bila ia dapat di selesaikan..

Maaf dengan entri ini kerna hati hamba sedang kecewa mungkin perlu di rawat dengan cara sebegini.Terima kasih atas kenjungan anda di sini sesungguhnya hamba amat berasa terharu.

Wassalam..

Jumaat, 23 Ogos 2013

Bila Ibu Buat Spaghetti Sotong !

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
 
Kerja perempuan memang tiada kesudahannya apalagi jika waktu bosan dia mula mencari pelbagai resepi cara untuk tertambat menambat hati suami..
 
Keinginan ingin membuat sesuatu yang baharu gara-gara terpengaruh dengan muka buku kemudian menjadi minat untuk sekadar mencuba-cuba. Pada yang masih ingat lagii entri sosej bergulung keju itu maka inilah salah satu cara untuk mengelakkan sosej ini terperam dalam peti ais. 


Sediakan dua bahan utama sosej dan spaghetti

Terlebih dahulu sila rebus sosej anda. Setelah itu potong sosej tersebut dengan bentuk bulat-bulat persis macam mata panda :P

Bila kesemua  spaghetti telah di cucuk ke dalam sosej sediakannya untuk di masak.

 Sosej lembut, angkat ia akan berbentuk seperti sotong yang banyak kaki dan tangan heee...

Harap maklum ini adalah menu makanan tengahari kami dua beranak hii asal apa yang ada kami belasah jer. Kalau ikutkan protokal bukan lagu ni penyediannya mesti "meriah" heee..

Perhatian Pada Dia

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Tanggal 4/6/2012 blog ini di buka. Untuk pengetahuan anda semua asalnya ini adalah blog jualan. Ia agak lama di biarkan ada juga dalam masa setahun. Alhamdulillah setiap entri yang di keluarkan mendapat respon dan kunjugan yang amat menggalakkan. Maka atas sebab itu wujud satu blog yang ini bagi tujuan pengasingan produk homemade dan blog. Urm..blog ini pula terpaksa di jadikan blog sampingan sementara menanti blog ini pulih seperti sedia kala.


Serius memang kedua-dua blog tidak dapat di satukan dalam satu blog sebab agak sukar bagi Suri untuk membuat semakan stok, maklum balas dari pelanggan dan sebagainya. Atas kesedaran itu maka penggubalan harus di lakukan.

Oh, lupa jangan anda cuba -cuba mencari di mana dia entri "jualan" Suri sebab hampir kesemua entri produk tersebut telah di bersihkan. Jadi silalah jangan bermimpi ingin ketemu sama dia eh.

Agaknya ada apa-apa persoalan sila majukan ia di bawah kotak en komen.

Khamis, 22 Ogos 2013

Nama Di Beri

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Alhamdulillah..

Masih di beri kesempatan untuk bernaung di bumi Allah yang begitu indah sekali. Syukur kepadanya dengan kudrat yang di izinkan Suri masih ada kekuatan untuk meneruskan blog seterusnya bagi menggantikan blog ini telah down semenjak pertengahan bulan puasa kelmarin.

Maaf..
Tidak akan berhenti berblog di situ kiranya masih ada ruang di beri nafas untuk menghela insyallah Suri masih disini..

Insyallah..
Blog ini akan di berikan lebih tumpuam. Jika di izinkan nama blog ini akan bertukar hosting kelak. Bila Suri tidak dapat mengandaikan. Namun iringan doa yang mampu Suri panjatkan dari Allah dan kalian semua agar niat ini akan terus mekar selagi minat tidak terhenti.